Zoom Info - Perkataan Berganda Ekstrem Versi Kelantan

Perkataan berganda dalam Bahasa Melayu melambang sesuatu yang ekstrim atau terlampau dari segi sesuatu sifat. Antara perkataan berganda yang...


Perkataan berganda dalam Bahasa Melayu melambang sesuatu yang ekstrim atau terlampau dari segi sesuatu sifat. Antara perkataan berganda yang popular ialah seperti hitam legam, putih melepak, dan sebagainya. Uniknya dalam loghat Kelantan, perkataan berganda sebegini sering dituturkan saban hari untuk menandakan konotasi maksud yang sama – untuk menunjukkan keterlampauan atau ekstrim sesuatu sifat. Tahukah anda apakah perkataan loghat Kelantan tersebut. Di sini saya senaraikan perkataan-perkataan tersebut setakat yang saya ketahui. Sesiapa yang dapati ada kata-kata lain lagi, boleh ditambah dalam komentar.

Ekstrim Berdasarkan Warna:

  • Hite LLEGE – hitam legam – teramat hitam
  • Putih SSUEH – putih melepak – teramat putih
  • Bighu KKETU – biru yang teramat sangat, biasa merujuk kepada keadaan seseorang(biasanya budak2) yang mandi terlalu lama dan kesejukan
  • Kuning LLEHE – Kuning kekuningan tampak dengan jelas
  • Meghoh MMEGHE – Nampak merah dengan jelas sekali, biasa juga merujuk kepada raut muka yang sedang marah teramat sangat
  • Gelak GELEMAK – terlampau gelap
Ekstrim Berdasarkan Rasa:
  • Manih LLETING - teramat manis
  • Tawar EBER - terlampau tawar
  • Pahit LLEPE - sangat pahit
  • Masin PPEGHAK - teramat masin
  • Mase PPUGHIK - teramat masam
  • Sejuk SSENYEK - terlampau sejuk
  • Panah LLETONG - teramat panas
Sifat Lain-lain:
  • Balik KUWE - amat tunggang langgang, berselerak
  • Balik PAIH -
  • Bedooh LALU -teramat /tersangat-sangat, amat-amat
  • Bekok CCOBONG - terlampau bengkak
  • Berlipak SIGHAK - simpang siur
  • Betul SELING - sangat lurus, terlalu betul
  • Buleh BEDO�OH – molek benar, boleh sangat2
  • Busuk BANGA - terlampau busuk
  • Cah LIGAH - Terlalu aktif, amat cergas dan pantas
  • Cair LLOLE - teramat cair, amat kurang likat
  • Cghetek EGHEK - berselerak, bertaburan
  • Comel LLOTE - teramatlah cantik
  • DDene KOPE – ????? Saya tahu ertinya tetapi sapa2 nak jawab, sila tulis komentar dibawah. Siapa di antara pengunjung yang mampu memberi maksud yang setepat-tepat mungkin. SELAMAT MENCUBA!!
  • Geger RIUH - riuh rendah, hingar bingar
  • Gemuk MMETONG - amat sihat dan gemuk
  • Gitu-MO: Berasal dari perkataan Inggeris �Give Too More� yang membawa maksud �Yang Terlalu Sangat� atau �Yang Teramat Sangat� atau “Sampai Macam tu Sekali”. Contoh ayat: Takleh silap kecek sikit, demo ngajju �GITU-MO�. Tak malu kokghe ko?
  • Jatuh DDEBOK - keadaan jatuh yang amat kuat
  • Hapok KOHONG - terlalu hapak
  • Kemah KEMING - sangat kemas, sangat kuat tertutup, utuh tidak goyah
  • Keghah KKEKONG - Keras teramat sangat
  • Ketar GEGAR - Menggeletar yang teramat sangat
  • Kube LANAA - sangat kucar-kacir dan berselerak
  • Kube LEMBE - sama seperti di atas
  • Kuca BAGHAA - kucar kacir dan berselerak
  • Kuca HANNYA - sama seperti di atas
  • Lembak WAK - sifat terlampau lembab.
  • Lembek DDEDEK - tersangatlah lembik, contoh: nasi yg terlampau lembik
  • Licin WINK - terlampau licin, contoh: makan sehingga licin pinggan
  • Mudoh MMESEK - teramat mudah, contoh: soalan ujian
  • Nakuk APAH - terlampau takut, penakut yang teramat sangat
  • Senyak KKOTE - teramat sunyi dan sepi
  • Senyak TTUPAH - teramat sunyi dan sepi 

Diharap  ini dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak perkataan loghat Kelantan yang biasa dituturkan. Semoga ianya tidak terlalu asing pada telinga anda terutama apabila anda mengunjungi negeri Kelantan.

    Artikel Berkait

    Zoom Info 4966396816083691747

    Post a Comment

    emo-but-icon

    item