[Video+Gambar] Kebakaran Besar Melanda Negara Yahudi Israel

KEBAKARAN yang melanda wilayah Modiin, Israel sejak Selasa lalu dilapor merebak sehingga menyebabkan beberapa kawasan berdekatan turut ter...

KEBAKARAN yang melanda wilayah Modiin, Israel sejak Selasa lalu dilapor merebak sehingga menyebabkan beberapa kawasan berdekatan turut terbakar hari ini.

Menurut Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan, kejadian kebakaran terbaharu itu berpunca daripada cebisan kebakaran yang dilaporkan dua hari lalu.

Sementara itu, seorang pegawai bomba di Haifa memberitahu pihak media, kebakaran sengaja dinyalakan berdekatan balai bomba di daerah itu bagi melumpuhkan operasi bomba di sana.

“Saya tahu mereka sengaja melakukan kebakaran di balai bomba supaya segala operasi menyelamat kebakaran di Haifa akan lumpuh sepenuhnya,” katanya.

Awal pagi tadi, pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk berpindah keluar dari kediaman masing-masing di beberapa daerah Timur Israel seperti di Romema.

Kesemua tenaga kerja menyelamat telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang setakat ini dilaporkan seramai dua orang telah tercedera.

Sementara itu, syarikat pembekalan elektrik Israel turut mematikan beberapa sumber elektrik di beberapa kawasan utama bagi mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.

Insiden itu turut dilaporkan merebak ke kawasan Orot Rabin di Hadera, Zichron Yaakov, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim.

Sehingga hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal susulan tiupan angin yang menyebabkan api semakin marak.

Menurut media Israel, Haaretz, pihak berkuasa percaya kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat.


Sementara itu, pihak berkuasa Israel turut meminta pertolongan negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Perdana Menteri Binyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Awam, Gilad Erdan berkata pihaknya akan meminta agar Greece, Croatia, Cyprus dan kemungkinan Turki untuk menghantar jet pejuang bagi membantu memadam kebakaran yang melanda seluruh negara itu.

Sebelum ini, mahkamah israel berkata empat warga arab di Jerusalem ditahan pada pagi Khamis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran itu namun hakim melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

Terbaharu, University of Haifa terpaksa dikosongkan selepas api meletus di Modi'in.






Artikel Berkait

sensasi 7935269330799912101

Post a Comment

emo-but-icon

item