Suasana Tegang Akhiri Demonstrasi #BantahAhok

JAKARTA: Suasana tegang tercetus di tengah kota raya Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah pese...

JAKARTA: Suasana tegang tercetus di tengah kota raya Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta Perhimpunan Aman Bantah Ahok.

Polis turut melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda amaran kepada semua peserta demonstrasi supaya bersurai.

Memetik laporan Detik.com, polis bertindak melepaskan meriam air lantaran dua buah trak polis turut dibakar oleh peserta demonstrasi.

Malah, ada antara peserta demonstrasi yang cedera dan pengsan berikutan kejadian itu.

Polis dikatakan terpaksa bertindak demikian kerana suasana tegang tercetus apabila ada antara peserta demonstrasi yang enggan bersurai.

Pada masa sama, ada antara peserta demonstrasi  bertindak ganas dengan merempuh serta memukul anggota Polis Anti Rusuhan.

Peserta bertindak kerana tidak berpuas hati apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo, enggan bertemu peserta demonstrasi.

Jokowi dikatakan tidak memberi sebarang respon berhubung kenyataan penghinaan terhadap islam oleh Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.

Artikel Berkait

global 2628139865356244032

Post a Comment

emo-but-icon

item