[Gambar] Siti Saleha Sah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan

Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik manis, Siti Saleha yang telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar hari ini di ke...

Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik manis, Siti Saleha yang telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar hari ini di kediaman keluarga beliau di Klang, Selangor.

Lutfi yang merupakan seorang pegawai kerajaan sebelum ini melamar Siti Saleha untuk menjadi suri hidupnya ketika mereka berdua  bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.

    "Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lutfi Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama".



Setahun berkenalan sudah cukup untuk mereka berdua mengenali hati budi masing-masing. Menurut Siti Saleha, beliau juga sangat rapat dengan ibu Lutfi sejak hari pertama mereka bertemu.

    "Malah, keluarga kedua-dua pihak juga rapat selepas kami berkawan. Saya sendiri sangat rapat dengan ibu Lutfi. Jadi, atas restu keluarga kedua-dua pihak juga menyebabkan segala perancangan dibuat menjadi lancar."


 Sekali lagi diucapkan tahniah buat Siti Saleha dan pasangan. Semoga segala perancangan dan persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Berikut disertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.







Sumber-Beautifulnara

Artikel Berkait

hiburan 6763996038983224388

Post a Comment

emo-but-icon

item