33 Kapsul Syabu Dijumpai Didalam Mayat Ketika Dibedah Siasat

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui di Ampang di sini Jumaat lepas membawa kepada penemuan 33 kapsul dad...


KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui di Ampang di sini Jumaat lepas membawa kepada penemuan 33 kapsul dadah dipercayai syabu di dalam perutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bedah siasat ke atas mayat lelaki dipercayai warga Indonesia itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, di sini pada Sabtu.


"Berat 33 kapsul dadah itu lebih kurang 300 gram dengan setiap satu seberat lapan hingga 10 gram," katanya dalam kenyataan, Ahad. 

Difahamkan nilai dadah berkenaan dianggarkan mencecah RM20,000 mengikut harga pasaran. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Artikel Berkait

semasa 900601724606206549

Post a Comment

emo-but-icon

item