Abang Tak Nak Apa-Apa, Cuma Nak Tengok Raykal

SHAH ALAM – “Abang tak mahu apa-apa daripada bekas isteri, hanya mahu lihat wajah anak (Muhammad Raykal Hakimi Mohd Raitul Afthal) buat ka...


SHAH ALAM – “Abang tak mahu apa-apa daripada bekas isteri, hanya mahu lihat wajah anak (Muhammad Raykal Hakimi Mohd Raitul Afthal) buat kali terakhir,” luah adik kepada seorang pesakit kanser tahap empat, Hafiy Hamizan Zainal Abidin.

Difahamkan, abangnya, Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin kini berada di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan dari kanser usus.

Menurut Hafiy, abangnya yang lebih dua tahun menghidap kanser usus sudah dua tahun tidak berhubung dengan anaknya.

Mohd Raitul dan bekas isterinya, Alda Kosma Ahmad Serbawi telah bercerai beberapa tahun lalu, menyebabkan dia tidak lagi bertemu dengan anaknya.

Menuruty Hafiy, lokasi terakhir Alma dikesan adalah di Damansara, Petaling Jaya.

“Jururawat yang merawat abang memberitahu kami masanya sudah tidak lama. Jadi saya usaha menjejak kembali bekas isteri abang saya dengan menyampaikan hasrat terakhir sebelum dia menutup mata,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Usaha menjejak bekas isteri abangnya dan Muhammad Raykal dimulakan sejak semalam oleh Hafiy dan menjadi viral menerusi Facebook hanya dalam masa beberapa jam.



Sumber - Sinar Online

Artikel Berkait

viral 8710305360358973598

Post a Comment

emo-but-icon

item