Zoom Selebriti - Sari Yanti sah failkan penceraian

Harian Metro hari ini melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepa...

Harian Metro hari ini melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam.

 Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang berusia 30 tahun difahamkan telah memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari lalu dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana suaminya ke luar negara atas urusan kerja.

Aktress yang kini merupakan peserta program Fear Factor Malaysia dan suami difahamkan perlu melalui proses sulh pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.

Laporan terbaru ini sekaligus mengesahkan spekulasi yang menjadi buah mulut ramai peminat dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini.

Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 1117616597493496058

Post a Comment

emo-but-icon

item