Zoom Berita - [Video] "Ia hilang, 100 peratus hilang...fullstop!" Kapten Norudin Abd Majid
Perkongsian sepanjang temuabual di MHI TV3 bersama Bekas Ketua Juruterbang Boeing 777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abdul Majid dan merupakan ju...
http://malayazoom.blogspot.com/2014/03/zoom-berita-video-hilang-100-peratus.html
Perkongsian sepanjang temuabual di MHI TV3 bersama Bekas Ketua Juruterbang Boeing 777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abdul Majid dan merupakan juruterbang pertama yang membawa pulang pesawat jenis Boeing 777 ke Malaysia. Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia
Merupakan rakan rapat kepada Kapten Zahari (pilot MH370 yang hilang). Berikut antara point penting yang sempat saya catatkan untuk perkongsian bersama. Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.
Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh, kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah #PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).
Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.
2.Boeing 777-200 merupakan medium capacity for long ‘way’ aircraft.
3.Kapten Zahari (pilot MH370) pernah membantu Kapten Norudin dalam R&D dan develop new Standard of Procedure (S.O.P) which named as ‘Escape Mode’. Iaitu standard procedure for a Boeing 777 untuk terbang di ruang udara Afganistan. Dimana dahulu semasa ada masalah di Teluk Arab, pesawat yang ingin ke Eropah perlu melalui ruang udara Afganistan,tapi undang-undang IQO kata, hanya pesawat yang ada lebih dari 2 enjin sahaja (eg Boeing 747 memiliki 4 enjin) boleh menggunakan ruang udara afganistan kerana negara itu mempunyai gunung yg tinggi. Bagi pesawat yangg hanya mempunyai 2 enjin, altitud yang tinggi menyebabkan ia akan turun itu tidak akan dapat melepasi gunung di Afganistan. Hasil kebijaksanaan dan kepakaran oleh Kapten Norudin & Kapten Zahari dgn prosedur “Escape Mode”, maka pesawat Boeing 777 milik MAS berjaya melalui ruang udara Afganistan,dan merupakan Boeing 777 yang pertama di dunia dapat melepasi ruang udara Afganistan. (Tahniah kapten & MAS).
4.Kehilangan MH370 ini tiada kaitan langsung dengan struktur dan teknikal kerana segalanya adalah sempurna.
5.Semasa MH370 hilang dari radar, ketika itulah FENOMENA berlaku iaitu telah berlaku hijab alam nyata dan alam ghaib which is beyond technology.
6.Kita perlu ada usaha untuk menghubungkan alam nyata dengan alam ghaib.
7.Banyak teknologi yang merosakkan umat. Banyak teknologi yang memberi manfaat kepada umat,semua orang terlalu taksub dengan teknologi sehingga lupa di belakang segala teknologi adalah ALLAH.
8.Manusia telah lari dengan maksud hidup. Kembali kepada pencipta dengan rendah diri. Orang berpengetahuan agama perlu rendah diri dan kembali kepada janji pencipta.
9.Mohon keluarga penumpang dan krew MH370 – doa khusus, melakukan solat taubat dan pujuk rayu kepada ALLAH s.wt. dan ketika itu rahmat ALLAH akan turun.
10.“Apabila keupayaan Sains berakhir (keupayaan ilmu dan fikiran kita berakhir), maka disitulah kudrat Allah bermula (barulah kita sedar kita ni tak hebat, barulah kita sedar kuasa Allah mengatasi segala-galanya).(Maksudnya disini adalah sepatutnya pengharapan & keyakinan yang sebenar adalah hanya kepada Allah SWT. Semuanya berlaku atas izin Allah SWT.) Kudrat Allah bersama orang beriman. Orang yang beriman perlu YAKIN dengan janji dengan Allah..” Kata-kata penuh hikmah dari Kapten Noruddin Abd Majid dalam rancangan MHI TV3 pagi tadi. (Individu pertama menerbangkan B777 ke Malaysia & kapten pertama merentasi Afghanistan menggunakan pesawat 2 enjin)
Apa yang baik datang dari Allah SWT, kekurangan & kelemahan atas diri kita sendiri. Moga amalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Jazakallah!




