Zoom Berita - [MH370 Dirampas] "Seseorang Dalam Pesawat Itu Sengaja Mengubah Haluan" PM Najib

SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sab...

SEPANG - Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

Perdana Menteri dalam sidang media tergempar hari ini mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan kearah barat.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.


Katanya, ia berdasarkan kerja-kerja forensik oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia

laporan bahawa pesawat itu dirampas masih satu spekulasi. Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan. Pencarian diteruskan di dua koridor.

Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan.

Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Operasi di Laut China Selatan dihentikan, katanya.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370 yang akhirnya terungkai dengan penemuan terbaru ini.

Sebelum itu agensi berita asing, Associated Press (AP) melaporkan bahawa kerajaan Malaysia sudah mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap ‘konklusif’.

Bagaimanapun, agensi berkenaan tidak memetik nama sumber tersebut.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu berkata, mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Artikel Berkait

Zoom Berita 7055842666915993779

Post a Comment

emo-but-icon

item