Zoom Berita - [Bomoh VIP] Zahid Dan Mahfuz Saling Tuduh-Menuduh di Parlimen

 Ternyata isu ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain berlarutan sehingga ke sidang Dewan Rakyat, hari ini. Ia bermula apabila Menteri Dalam Negeri, D...

 Ternyata isu ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain berlarutan sehingga ke sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ia bermula apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mengenali Ibrahim seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

 Ketua Penerangan PAS itu dilihat cuba menyindir Zahid semasa sesi soalan lisan dengan berkata, kena berhati-hati bercakap dengan Zahid kerana statusnya sebagai khalifah silat dan ‘takut kena tampar macam buaya’.

Sebelum ini, Ibrahim pernah berkata dia mengenali Naib Presiden UMNO itu sebagai guru silat beliau.

Bagaimanapun, sindiran itu dibalas semula dengan sindiran oleh Zahid yang mengatakan dua pengikut Ibrahim yang mendayung dan memegang kelapa itu berasal dari Pokok Sena

 “Saya tidak kenal langsung orang itu, dia memang kenal saya macam saya kenal Pokok Sena, tetapi salah seorang yang dayung dan pegang kelapa itu daripada Pokok Sena, boleh semak tentang itu, saya khuatir guru dia adalah Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz).

“Bila saya kata saya tidak kenal, maka saya memang tidak kenal, sebagai ahli politik, musuh yang di luar kita tak nampak,” tegasnya.

Artikel Berkait

Zoom Berita 2537626670601452548

Post a Comment

emo-but-icon

item