Zoom Berita - Alkisah Bomoh Teropong Dan Bomoh Tikar Terbang

Dalam negara dan dunia sedang muram akibat tragedi kehilangan MH370 dan macam-macam usaha yang dibuat untuk mencari pesawat berkenaan dimana...

Dalam negara dan dunia sedang muram akibat tragedi kehilangan MH370 dan macam-macam usaha yang dibuat untuk mencari pesawat berkenaan dimana sampai hari ini pencarian masih buntu.

Tiba-tiba muncul kumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan membuat ritual mencari pesawat MH370 di KLIA.

Aksi mereka menjadi perhatian pengunjung di KLIA tetapi aksi mereka juga menjadi cemuhan dan parodi dilaman sosial.Rata-rata mengatakan perbuatan berkenaan khurafat,tahyul,syirik dan memalukan negara,apalagi sebagai seorang islam.


Sebelum ini, Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Semalam, Raja Bomoh melakukan aktiviti pembomohan dengan menggunakan teropong hikmat dan bubu. Hari ini, Raja Bomoh teruskan aktiviti pembomohan dengan aksi tikar pula.”

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga menyelar pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370,  kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman Web www.islam.gov.my.

"Mana-Mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak," katanya.

 Cukup2 lah dan hentikan perbuatan ni.memalukan negara bangsa dan agama je....seluruh dunia memerhatikan semua ni.Tak payahlah nak cari publisiti sangat...Kamu ditertawakan orang ramai sekarang ni.Bukan di Malaysia je..tapi seantero planet ni...



Artikel Berkait

Zoom Berita 2678727868809632305

Post a Comment

emo-but-icon

item