Zoom Berita - Urutan Berahi Melumurkan Keju Di Badan

Kuala Lumpur: Dimandikan wanita muda berpakaian seksi sebelum melakukan urutan berahi menggunakan keju yang dilumur ke beberapa bahagian ang...

Kuala Lumpur: Dimandikan wanita muda berpakaian seksi sebelum melakukan urutan berahi menggunakan keju yang dilumur ke beberapa bahagian anggota badan.

Itulah teknik terbaru beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang untuk menarik pelanggan, terutama lelaki hidung belang yang sentiasa mahukan kelainan dalam teknik urutan batin.

Taktik itu dikesan wartawan Metro Ahad di sebuah pusat urut di Serdang, dekat sini, yang sekali pandang seolah-olah hanya menawarkan khidmat urutan badan kepada pelanggannya.

Pakej istimewa ‘urut keju’ ini diberi kepada pelanggan yang ingin dibelai wanita muda dari Vietnam, China dan Indonesia.

Menerusi pakej ini, pelanggan bebas memilih tukang urut yang diingini sebelum mereka dimandikan wanita berkenaan, seterusnya anggota badan mereka dilumur dengan keju.

Sumber - Metro

Artikel Berkait

Zoom Berita 3529152538570245375

Post a Comment

emo-but-icon

item