Zoom Selebriti - Madonna Pernah Diperkosa

Madonna mengakui bahawa dia pernah dirogol ketika mula-mula memasuki bidang musik. Peristiwa penuh traumatik tersebut berlaku ketika dia bar...

Madonna mengakui bahawa dia pernah dirogol ketika mula-mula memasuki bidang musik. Peristiwa penuh traumatik tersebut berlaku ketika dia baru berpindah ke bandar New York pada tahun 1970an.

Menurut laporan Metro Uk, Madonna menceritakan bagaimana dia diheret ke atas bumbung sebuah bangunan sambil pisau diacukan di leher dan kemudiannya dirogol. Kata Madonna lagi, "Ia sangat sukar dan ia sangat sunyi, dan saya perlu beranikan diri setiap hari untuk maju ke depan".

Sebelum ini Madonna juga pernah membuat pendedahan sedemikian ketika ditemubual dalam rancangan NME pada tahun 1995.

Di majalah Harper's Bazaar, bintang pop tersebut berbicara mengenai traumanya ketika mula-mula berpindah ke New York dari Michigan. Ketika itu Madonna baru berusia 20 tahun.

"New York tidak seperti semua yang saya bayangkan. Dia tidak menyambut dengan tangan terbuka," ujarnya dalam akhbar The Independent..

"Saya tidak tahu mengapa, saya tidak mempunyai barang berharga setelah mereka mengambil radio pertama saya," ungkap Madonna.

Dalam usahanya menjadi penari profesional, Madonna membiayai sewa tempat tinggalnya dengan bergambar bogel di kelas seni. Madonna juga menjalin hubungannya dengan pengarah Inggeris Guy Richie yang diceraikannya pada 2008.

Berpindah ke Inggeris untuk tinggal bersama Richie, membuatkan Madonna merasa asing.

"Itu tidak mudah bagi saya...saya tidak paham di sana masih ada sistem kelas," ujarnya.

Di akhir tulisannya di majalah itu, Madonna mengaku 10 tahun kemudian, dia menjadi dirinya sekarang.

"Sepuluh tahun kemudian, inilah saya, bercerai, dan tinggal di New York. Saya diberkahi dengan empat anak yang luar biasa," tulisnya.

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 2746611625799990333

Post a Comment

emo-but-icon

item