Zoom Berita - Tikam Isteri Akibat Cemburu

Rawang : Akibat cemburu dengan mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang yang baru dibebaskan da...

Rawang: Akibat cemburu dengan mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang yang baru dibebaskan dari penjara bertindak menikam wanita itu beberapa kali sehingga mati dalam kejadian di kuarters pekerja Ladang Bukit Darah, Kundang, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa K Murugamal, 36, juga bekerja di ladang kelapa sawit yang sama dengan suaminya ditemui mati dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan di hadapan rumah jiran mereka terletak selang tiga rumah dari rumah pasangan itu.

Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu dipenjarakan lima bulan 10 hari mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan memukul isterinya selain kesalahan mengugut sebelum dibebaskan pada 12 Oktober lalu.

 Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 9.40 malam menyatakan berlaku pergaduhan suami isteri di sebuah rumah di ladang berkenaan dan si isteri dilaporkan tidak sedarkan diri manakala suaminya sudah melarikan diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia di hadapan sebuah rumah dan siasatan mendapati pergaduhan mangsa bersama suspek berlaku di rumah mereka tidak jauh dari situ sebaik suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Sebaik membuka pintu rumah, suspek bergaduh dengan mangsa dengan menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum menikam mangsa,” katanya.

 Beliau berkata, siasatan mendapati sebaik mangsa ditikam dia melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan suaminya mengejar suspek hingga ke hadapan rumah jiran sebelum menikamnya lagi di bahagian belakang dan melarikan diri.

Katanya, suspek menikam mangsa dengan sebilah pisau sepanjang 32 sentimeter dan susulan dari kejadian berkenaan, suspek menyerah diri di Balai Polis Alam Jaya, awal pagi semalam.

Abdul Rahim berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkait

Zoom Berita 1297225268989783720

Post a Comment

emo-but-icon

item