Zoom Berita - Nikah Tiga Jam Dapat talak Tiga
Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu da...
http://malayazoom.blogspot.com/2013/10/zoom-berita-nikah-tiga-jam-dapat-talak_30.html
Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.
Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.
Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju.
“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.
Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.
“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu"
“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.


