Zoom Info - 10 Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia

Apabila gambar berbicara untuk menentukan perbezaan dua dunia. Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia...

Apabila gambar berbicara untuk menentukan perbezaan dua dunia.

Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu  bukan saja di miliki kerabat di Raja,selebriti hollywood atau dunia barat sebaliknya dari dunia ketiga yang didominasi oleh warga India.Negara yang dimana rakyatnya kebanyakan dibelengu kemiskinan..

Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy
RM386 Juta

Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India. Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.

Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Puteri Salama
RM300 Juta


Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981.

Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebalinya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Vanisha Mittal dan Amit Bhatia
RM211 Juta


Hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan merupakan antara manusia terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Putera Charles dan Puteri Diana
RM148 Juta


Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Andrei melnichenko dan Aleksandra Kokotovic
RM90 Juta


Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria
RM69 Juta


Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun, Kanwar Singh Tanwar. Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu.

Vikram Chatwal dan Priya Sachde
RM60 Juta

Anak kepada seorang pengusaha hotel New York, Vikram Chatwal menikahi model / aktris PriyaSachdev pada Februari 2006. Perayaannya dilaksanakan selama  10 hari dan diraikan di tiga kota di India (Mumbai, Udaipur, dan Delhi),  Seramai enam ratus tamu dari 26 negara menghadirinya dan diterbangkan dengan jet pribadi. Para tamu termasuk Bill Clinton, Naomi Campbell, dan P. Diddy.


Wayne Rooney dan Colleen McLaughlin
RM48 Juta 

Pernikahan penyampai tv dan selebriti produk endorser Colleen McLaughlin dan bintang bola sepak Manchester United  Wayne Rooney berlangsung di Portofino, Itali pada tanggal 12 Juni 2008. Meskipun pernikahan mereka cukup mahal, sekitar 10 juta dollar, pasangan ini dilaporkan mampu membayar lagi 5 juta dollar terbitan pernikahannya di majalah Britain’s OK! Magazine. Sambutannya sangat megah dengan empat hari di kapal pesiaran, dengan 64 tamu diterbangkan dengan lima jet pribadi, pakaian yang digunakan pasangan ini dirancang oleh  pereka Marchesa Georgia Chapman dengan biaya 3 juta dollar.

Delphine Arnault dan Alessandro Vallarino Gancia
RM22 Juta

Delphine Arnault, anak pengusaha Perancis Bernard Arnault, bernikah dengan AlessandroVallarino Gancia, dari Gancia wine dynasty, pada tahun 2005 di Cote d’Azur, Perancis. pernikahan  ini dikatakan mengeluarkan biaya lebih dari 7 juta dollar. Gaunnya diciptakan oleh perancang busana terkenal John Galliano. Tempat pernikahan dihiasi dengan 5000 mawar putih dan  Tamu pernikahan terkenal termasuk Elizabeth Hurley dan Karl Lagerfeld.

Arun Nayar dan Elizabeth Hurley
RM22 Juta

Seorang hartawan perniagaan dari India berkahwin Elizabeth Hurley yang merupakan seorang aktres dari Britain pada Jun 2006 di istana abad ke-15 di Britain. Jumlah perbelanjaan perkahwinan adalah 7 juta dollar menjadikannya perkahwinan  yang paling mahal ketika itu. Pasangan itu kemudian menyambut majlis perkahwinan mereka di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur.


Artikel Berkait

Zoom Info 7569227130063415718

Post a Comment

emo-but-icon

item