[Gambar] Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Dipandu Dihempap Kren Terbalik

Klang: Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indo...

Klang: Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia, maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap jentera cerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan berkenaan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.




Sementara itu pemaju projek pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Ir Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan hari ini bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

"Pegawai DOSH telah berada di tempat kejadian. Kita sudah beri arahan henti kerja dan tindakan akan diambil bergantung pada hasil siasatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

Artikel Berkait

sensasi 8973981846285793918

Post a Comment

emo-but-icon

item