Karma Elly Mazlein Yang Juga Perampas Suami Orang?
Ketika saat Elly Mazlein membuat serangan bertubi-tubi ke atas bekas suaminya dan juga Faye Kusairi. Rupa-rupanya ada pihak yang peka deng...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/karma-elly-mazlein-yang-juga-perampas.html
Ketika saat Elly Mazlein membuat serangan bertubi-tubi ke atas bekas suaminya dan juga Faye Kusairi. Rupa-rupanya ada pihak yang peka dengan kisah silam pelakon dan penyanyi berkenaan selain menyifatkan apa yang terjadi kini adalah karma buat Elly.
Kami menerima emel daripada seorang individu yang ingin dirahsiakan identitinya yang mendedahkan bahawa Elly Mazlein sebelum ini turut dihimpit kontroversi dan dakwaan berkaitan merampas suami orang (sebelum berkahwin dengan bekas suaminya, sekitar 2010). Malah hasil carian kami juga berjaya menjumpai rakaman rancangan Melodi berkaitan perkara tersebut.
Melalui rakaman sekitar tahun 2010 itu juga, Elly diasak bertubi-tubi oleh pengacara Melodi, Michelle Wee. Namun pelakon dan penyanyi tersebut dilihat cuba mengelak menjawab dengan tepat setiap pertanyaan yang diajukan.
Ketika disoal mengenai perasaan Elly apabila ada pihak yang mengatakan dirinya pemusnah rumah tangga dan juga peruntuh masjid yang telah dibina oleh insan lain, Elly menjawab pertanyaan tersebut dengan cukup tenang.
“Takde terbuku apa-apa. Jangan risau, kalau Elly nak kahwin, Elly akan bagitau. Sebenarnya jodoh semua di tangan Tuhan. Jangan bandingkan orang ni macam ni, tak perlu menuding jari,” jawabnya.
Sesungguhnya, banyak juga soalan pedas yang telah ditujukan kepada Elly dalam rancangan tersebut namun dalam masa yang sama Elly Mazlein juga tidak mudah melatah. Semoga sengketa di antara kedua dua belah pihak dapatlah didamaikan dengan cara baik, harapnya.
Sumber - Rotikaya