‘Elly Tumbuk, Sepak Saya Kerana Cemburu’ – Azmi
TIDAK mahu orang ramai terus tuding jari menyalahkan dirinya, bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta tampil buat sidang media mendedahkan pu...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/elly-tumbuk-sepak-saya-kerana-cemburu.html
TIDAK mahu orang ramai terus tuding jari menyalahkan dirinya, bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta tampil buat sidang media mendedahkan punca penceraian dengan penyanyi itu.
Menurut Azmi yang juga seorang pengarah drama, sikap Elly yang kuat cemburu membuatkan dia berubah hati dan mahu berpisah.
“Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.
“Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,” katanya kepada mStar Online
Ketika sidang media itu, Azmi turut membawa dan menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein.
Antara yang didakwa Azmi dalam akuan bersumpah itu, Elly mengeluarkan kata-kata kesat selain berlaku ganas kepadanya seperti memukul, menendang dan menumbuknya.
“Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).
“Baju saya ditarik hingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang serang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia,” ujarnya.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk berpisah selain dicadangkan juga oleh bapa Elly.
Menyentuh soal anak, Azmi berkata, dia hanya akan bertemu dengan anak perempuannya jika Elly berubah dan tidak menyindirnya lagi.
“Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya,” ujarnya ketika mengadakan sidang medianya di Taman Tasik Titiwangsa itu yang turut ditemani peguamnya, Mohd. Fadly Hashim.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.
Sumber: Mstar Online