Zoom Selebriti - Dapat SPM 8A, anak Che Ta mahu hadiah kereta sport

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang ...

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 8A bukan saja berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara tetapi juga mengimpikan hadiah yang cukup istimewa daripada keluarganya.

Kata Ammar, dia impikan untuk dihadiahkan sebuah kereta sport memandangkan dia sudahpun memiliki lesen kereta.

“Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai,” katanya kepada portal Murai.

Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun di luluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan,” katanya lagi kepada murai

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 793316346035208793

Post a Comment

emo-but-icon

item