Zoom Selebriti - Anzalna Nasir Tidak Nafi Bertengkar Dengan Izzue Islam

Sebelum ini desas desus mengatakan bahawa Anzalna Nasir dan pelakon kacak Izzue Islam mempunyai masalah ketika sesi penggambaran drama Aku I...

Sebelum ini desas desus mengatakan bahawa Anzalna Nasir dan pelakon kacak Izzue Islam mempunyai masalah ketika sesi penggambaran drama Aku Isterinya berlangsung, ternyata benar belaka beliau mengiakan perkara tersebut ketika di soal media selepas selesai sahaja sidang media pelancaran drama tersebut di Sri Pentas TV3.

“Kadang-kadang apa yang ditulis oleh wartawan itu betul dan saya tidak nafikan bahawa ada sedikit masalah, tetapi apa yang boleh saya cakap saya hanya buat kerja saya dan profesional dalam semua aspek sehinggalah penggambaran drama ini berakhir,” ujarnya pada petang itu.

Anzalna turut memberitahu bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk menjayakan watak yang diberikan oleh pengarah dan apa yang dibuat masih mengikut batas-batas dan tidak lebih daripada itu. Katanya lagi banyak pihak yang perlu dia hormati dan menjaga maruah mereka seperti keluarga dan kekasihnya sendiri, pihak di sana dan juga orang-orang di sekeliling supaya tidak timbulnya spekulasi dan fitnah terhadapnya.

“Apa yang saya buat adalah memenuhi tuntutan karakter saya dan sekiranya karakter itu berlebihan saya cuba untuk elak daripada bersentuhan atau berpeluk hanya beberapa scene sahaja yang boleh disaksikan sebegitu, yang lain kalau boleh elak saya cuba elak”

“Saya kena menghormati dan jaga semua pihak termasuklah keluarga dan kekasih saya dan juga pihak di sana. Bukan apa sebelum ini saya banyak berlakon dengan suami orang seperti Aaron Aziz, Adiputra dan beberapa lagi pelakon yang lain tidak pernah pula masalah ini timbul tetapi tak mengapa apa yang penting saya telah menjalankan tanggungjawab saya dan semuanya telah berakhir dengan baik,” ujarnya panjang lebar.

Bersyukur Selepas Habis Penggambaran Drama

Selepas berakhirnya penggambaran drama ini, Anzalna seakan-akan habis tempoh berpantang apabila berseloroh mahu mengadakan kenduri kesyukuran tamatnya proses penggambaran Aku Isterinya. Dia juga menganggap bahawa semuanya sudah tamat dan tidak ada apa masalah yang perlu dibincangkan lagi dan benda yang lepas biarkan lepas dan boleh dijadikan itu sebagai satu pengajaran buat semua dan tidak menolak sekiranya digandingkan bersama Izzue Islam dalam projek-projek yang akan datang.

“Saya profesional dan tidak ada masalah dengan sesiapa pun. Sekiranya digandingkan sekali lagi rasanya tidak ada masalah kerana ini merupakan kerjaya saya dan saya perlu bijak dalam menangani masalah sebegini, dan kalau boleh tidak mahu bergaduh atau apa sahaja kerana kita sudah matang dan cukuplah dengan apa yang telah terjadi ini,” katanya.

Sementara itu Anzalna turut memberitahu bahawa dia kini jarang bersama dengan kekasihnya dalam mana-mana majlis kerana tidak mahu dikatakan tayang kekasih dan hanya menemaninya sekiranya diperlukan memandangkan kekasihnya juga sibuk menguruskan halnya yang tersendiri.

“Tidak payah ikut sayalah” sambil berseloroh ketika diajukan soalan itu. Sebelum ini ada beberapa kali Afiq menemani saya ke beberapa majlis dan selepas ini kurangnya saya bersama dia sebab dia sibuk dengan aktivinya dan akan menemani saya sekiranya ada masa,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Bagi anda para peminat Anzalna Nasir dan Izzue Islam jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Aku Isterinya yang akan disiarkan bermula 31 Mac 2014 ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3.

Artikel Berkait

hiburan 4205415519684671557

Post a Comment

emo-but-icon

item