Zoom Info - Training Anggota Komando GGK,RGK

Semata mata untuk mendapatkan green baret dan menjadi kan mereka dikenali sebagai askar elit terbaik di Malaysia. Dalam training ini mereka ...


    Semata mata untuk mendapatkan green baret dan menjadi kan mereka dikenali sebagai askar elit terbaik di Malaysia. Dalam training ini mereka di sepak terajang jika gagal mematuhi arahan dan jika ditangkap, Ambulance sentiasa disediakan, sesiapa yang sakit, demam atau cedera, automatic akan disingkirkan,  latihan ni bukan sahaja menguji fizikal tetapi mental yang kental.Menjadi kebanggaan setiap warga ATM apabila mendapat beret warna hijau
    • Setelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat.
    • Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu). Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya berpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja seperti ikan belacak, ular, kera dan sebagainya.
    • Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu.
    • Akhir sekali, tibalah masa untuk mereka mempraktikkan apa yang mereka pelajari di keempat-empat peringkat sebelumnya.
    • Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion. Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km.Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yang bertindak sebagai pasukan musuh untuk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka perlulah mengelak dari ditangkap. Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video dibawah. Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh bertahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… Begitulah juga latihannya PASKAU dan PASKAL lebih kurang sama kursusnya macam tu punya perit tak terperi.
    • Moto Rejimen Gerak Khas/Grup Gerak Khas….DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG. Ayat itulah yg terpampang di hadapan Kem Sg. Udang yang menyambut setiap warga Tentera Darat yang ingin cuba mendapatkan Beret Hijau !
    • Dibawah ini adalah video memaparkan sebahagian latihan RGK/GGK


      JALAN TEGAP GAGAH PERKASA
      PANTAS CEKAP SETIAP MASA
      UNTUK MEMBELA SERTA MENENTANG
      REJIMEN GERAK KHAS PERGI BERJUANG

      TENAGA KERJA SIANG DAN MALAM
      DARI DESA DAN JUGA HUTAN
      SEMANGAT PAHLAWAN MENYALA-NYALA
      HANCUR LEBUR MUSUH DILAWAN

      LAUT DARAT SERTA UDARA
      RIBUT TAUFAN DIREMPUH JUA
      SEMANGAT WAJA SEMAT DI DADA
      BERE HIJAU KOMANDO KITA
      DARI KOTA HINGGA KE DESA
      GUNUNG LURAH DAN JUGA HUTAN
      RANJAU TERSUSUN MENIKAM DADA
      REJIMEN GERAK KHAS TETAP MARA


      Artikel Berkait

      Zoom Info 5256901369130837971

      Post a Comment

      emo-but-icon

      item